comscore
Tumpuan :
Dunia

Jumlah korban di Gaza cecah 11,240 – Hamas

SEMENANJUNG GAZA: Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza mencecah 11,240 orang semalam, dalam tempoh lima minggu konflik antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas meletus.

Menurut sumber Hamas, antara yang maut ialah 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita, kata kerajaan, dengan 29,000 lagi cedera.

Sementara itu, kementerian kesihatan dikendalikan Hamas berkata terdapat berpuluh-puluh mayat di jalan di utara Gaza, yang mana pertempuran paling hebat berlaku.

Menurut kementerian itu, ambulans yang cuba mengambil mayat berkenaan menjadi sasaran serangan Israel. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini