comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pertempuran sengit antara Pejuang Hamas dan tentera rejim di Gaza City

FOTO: Reuters

GAZA:  Lebih 30 maut dalam serangan tentera Israel di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.

Serangan di Khan Younis pula meragut 13 nyawa dan pertempuran sengit turut dilaporkan berlaku di Gaza City di antara Pejuang Hamas dengan tentera rejim.

Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan enam penduduk Palestin maut manakala 12 lagi cedera dalam serbuan tentera rejim di daerah Tulkaram.

FOTO: Reuters

Malah terdapat laporan tindakan kejam tentera Israel membunuh belia Palestin dekat bandar Beit Ainun.

Ketika ini, hampir kesemua hospital di Gaza tidak dapat berfungsi dan dijangka bakal lumpuh sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

Angka korban penduduk Palestin kini mencecah lebih 11,400 dengan 29,000 orang lagi cedera sejak ketegangan bermula pada 7 Oktober lalu.  – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini