comscore
Tumpuan :
Dunia

 Kanak-kanak antara 17 maut dalam siri serangan ke atas Kem Pelarian Nuseirat 

Foto: Reuters

GAZA: Tentera rejim Israel melancarkan siri serangan udara ke atas ke Kem Pelarian Nuseirat di wilayah tengah Gaza yang mengorban sekurang-kurangnya 17 individu termasuk kanak-kanak.

Sejumlah lagi penduduk cedera manakala sejumlah yang lain masih terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Tentera rejim turut membedil kawasan pantai di wilayah tengah Gaza sehingga meragut dua nyawa penduduk.

Insiden sama turut menyaksikan 35 lagi individu cedera dengan hampir kesemuanya parah.

Serangan di Rafah pula mengorbankan 9 nyawa dengan sejumlah lagi cedera ketika mangsa dikatakan sedang menanti bantuan kemanusiaan.

Beberapa serbuan turut dilancarkan tentera rejim di Tebing Barat dengan sekurang-kuranganya 35 individu ditahan.

Ini termasuk seorang ahli akademik dan beberapa lain yang diberkas di kediaman mereka di barat laut Ramallah.

Juga terdapat laporan pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera rejim di daerah Ajoul – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini