comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Kanak-kanak mengaji Al-Quran maut dalam bedilan tentera rejim Israel


GAZA: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh, 50 lagi cedera apabila rejim Israel melancarkan serangan ke atas sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB yang menempatkan kira-kira 7,000 penduduk Gaza.

Saksi memberitahu, sebilangan mangsa ketika kejadian sedang mengaji Al-Quran di dalam sebuah kelas.

Pihak berkuasa menjangkakan angka korban akan terus meningkat susulan ramai mangsa yang parah.

Menurut pihak berkuasa bawah pentadbiran Hamas di Gaza, serangan berlaku di kawasan Sekolah Al-jawni ni Nuseirat, tengah Gaza, meskipun Hamas menafikan pejuangnya berada di lokasi terbabit.

Dalam pada itu, enam lagi terkorban dalam serangan tentera rejim di daerah Sheikh Radwan, di utara Gaza City.

Juga terdapat laporan serangan senjata api bertali arus di barat wilayah sama.

Pertempuran di Shujayea pula masih berlarutan dengan ramai keluarga terperangkap selain mengakibatkan kemusnahan besar harta benda.

Hari sama turut menyaksikan ketegangan di Tebing Barat berlarutan dengan sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin ditahan dalam serbuan tentera rejim di beberapa daerah – Al jazeera / Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini