comscore
Tumpuan :
Dunia

Kapal kargo terkandas di Terusan Suez lagi

FOTO: SCA

SUEZ: Sebuah kapal kargo terkandas selama beberapa jam di Terusan Suez, sekali gus menimbulkan situasi kecemasan dalam kalangan pihak berkuasa tempatan.

Empat buah bot tarik milik pihak berkuasa Terusan Suez, SCA segera dikejarkan ke lokasi kapal berkenaan.

Dalam satu kenyataan oleh SCA, pihaknya mengambil masa selama dua jam untuk mengapungkan kembali kapal MSC-ISTANBUL yang dalam perjalanan menuju ke utara sewaktu kejadian berlaku.

Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mengakibatkan kesesakan trafik di sepanjang terusan terbabit.

Sejak insiden kapal Ever Given yang terkandas di terusan itu selama enam hari pada Mac 2021, pihak SCA sudah melakukan beberapa penambahbaikan di sepanjang laluan terusan.

Antara pembaharuan yang dibuat adalah meluaskan dan mendalamkan lagi laluan utama terusan. — SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini