comscore
Tumpuan :
Sukan

Yew Sin-Ee Yi kandas di suku akhir Terbuka Singapura

Foto : BAM / Facebook

Oleh: Fariz Zolkarnain

PETALING JAYA: Langkah beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terhenti di suku akhir badminton Terbuka Singapura 2023 apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-Kim Won Ho, malam tadi.

Sekalipun turun selaku pilihan kelapan, Ee Yi-Yew Sin tidak diberi laluan mudah apabila dikerah beraksi selama 89 minit.

Menang set pertama 22-20, beregu ranking ketujuh dunia itu tewas 24-26 di set kedua sebelum sekali lagi tunduk 22-24 di set penentuan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia hanya mempunyai dua wakil di peringkat separuh akhir, hari ini.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan menentang pilihan ketujuh dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Manakala beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dijadual berdepan pilihan kedua dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Loading...
Terkini