comscore
Tumpuan :
Dunia

Kebakaran kem cox’s bazar pelarian kembali bangunkan penempatan

FOTO: Reuters Connect

COX’S BAZAR: Sehari selepas dilanda kebakaran pelarian di kem Cox’s Bazar Bangladesh kini kembali membangunkan penempatan mereka.

Ribuan mangsa dalam pada itu masih menitip harapan mencari barangan yang mungkin masih boleh digunakan.

Kebakaran tercetus kelmarin di Kem 11 di sempadan tenggara daerah itu yang menempatkan jutaan pelarian Rohingya.

Kebanyakan mereka berpindah ke penempatan terbabit rentetan penindasan etnik dan kekejaman tentera Myanmar pada 2017.

Susulan bencana yang menimpa, mereka sekali lagi terpaksa mengharungi saat getir tinggal sehelai sepinggang.

Kem pelarian di Cox’s Bazar terdedah kepada kejadian seumpama itu.

Insiden terburuk sebelum ini berlaku pada Mac 2021 meragut 15 nyawa dan memusnahkan lebih 10,000 kediaman.

Loading...
Terkini