comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba giat padam kebakaran di Bukit Broga

Kawasan hutan dianggarkan berkeluasan 0.8 hektar di Bukit Broga dilaporkan terbakar. – FOTO: NSTP/ Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Kawasan hutan dianggarkan berkeluasan 0.8 hektar di Bukit Broga, Semenyih dekat sini dilaporkan terbakar, dengan pihak bomba kini sedang giat memadam kebakaran.

Laporan kejadian diterima pada jam 7.39 malam, tadi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bersama enam anggota dan satu jentera FRT ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata lokasi kebakaran membabitkan kawasan hutan di atas puncak Bukit Broga.

“Kawasan hutan yang terbakar dianggarkan berkeluasan dua ekar (0.8 hektar) dan kerja memadam kebakaran kini sedang dijalankan.

“Buat masa ini, kita belum dapat memastikan punca kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial berhubung kebakaran yang berlaku di Bukit Broga yang terkenal sebagai satu destinasi popular untuk aktiviti pendakian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini