comscore
Tumpuan :
Dunia

Kebakaran kilang bateri di Korea Selatan ragut 20 nyawa

Foto: Reuters

KOREA SELATAN: Kebakaran sebuah kilang membuat bateri meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa pekerja selain mengakibatkan beberapa yang lain cedera.

Kebakaran tercetus di kilang lithium Aricell di Hwaseong yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Seoul kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Lapor media tempatan, ketika kejadian terdapat 67 pekerja bertugas di lokasi ini.

Angka korban dijangka akan terus meningkat sementara usaha mencari mangsa yang dipercayai masih terperangkap diteruskan.

Pasukan bomba dilaporkan berdepan kesukaran memadam bateri lithium yang terbakar dengan cara konvensional.

Malah api dikatakan merebak pantas dengan letupan demi letupan berlaku sekali gus menyukar operasi menyelamat mangsa.

Kebakaran yang tercetus di bangunan tiga tingkat dengan keluasan kira-kira 2,300 persegi itu masih menjadi tanda tanya.  — BERNAMA-YONHAP

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini