comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Keberadaan 600 pesakit, kakitangan Hospital Al-Aqsa tidak dapat dipastikan – WHO

 

GENVA: Lebih 600 pesakit dan kakitangan hospital Al-Aqsa tidak dapat dipastikan lokasi dan keadaan mereka.

Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam kenyataannya di laman X, kesemua mereka dipaksa meninggalkan Hospital Al-Aqsa oleh rejim Zionis.

Tambah beliau, sehari sebelum kejadian, kakitangan WHO yang melawat hopsital terbabit mendedahkan, keadaan ketika itu sangat kritikal dengan ramai mangsa kecederaan daripada pelbagai peringkat usia.

FOTO: GHEBREYESUS / X

Situasi itu juga katanya, adalah sangat membimbangkan.

Krisis sepanjang tiga bulan lalu juga mengakibatkan keperluan asas ubat-ubatan serta perlindungan dalam sektor kesihatan tidak dilaksanakan dan ia adalah sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Justeru katanya, pertumpahan darah di bumi Gaza perlu dihentikan segera. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini