comscore
Tumpuan :
Nasional

Orang ramai dinasihat pulangkan lebihan ubat kepada KKM

Foto hiasan

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan untuk memulangkan lebihan ubat-ubatan kepada Kementerian Kesihatan bagi tujuan pelupusan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia bagi mengelak daripada berlakunya pencemaran sekiranya ubat-ubatan tidak dilupuskan dengan betul.

Jelasnya, kerajaan menggunakan sekurang-kurangnya RM3 juta setahun bagi tujuan pelupusan ubat menggunakan kaedah yang betul agar tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini.

“Pengguna yang ada lebihan ubat-ubatan, ataupun ubat yang telah tamat tempoh dan mungkin dia (pesakit) ambil ubat tu setengah botol dan dia dah sihat nanti dia tak habis guna ubat tu dibuang ke dalam tong sampah ataupun ke dalam tandas.

“Sebenarnya, kita (KKM) ada sistem pelupusan dan bahagian farmasi akan bertindak ke atas perkara tersebut.

“Untuk melupuskan ada cara tertentu bukan sembarangan kita boleh lupuskan, dan ia menngunakan 2 ke 3 juta ringgit setahun untuk tujuan pelupusan,” katanya selepas menghadiri Sesi Town Hall Zon Tengah Kertas Putih Kesihatan di ibu negara hari ini.

Ubat-ubatan yang dibuang ke dalam tandas jelas beliau, akan memberikan kesan dan mencemarkan sumber air.

Loading...
Terkini