comscore
Tumpuan :
Dunia

Kereta api terbakar di Austria, hampir 400 penumpang terselamat

Foto: Agensi

FRITZENS: Ratusan penumpang terpaksa dipindahkan selepas kereta api dinaiki terbakar dalam terowong di wilayah Tyrol, Austria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut perkhidmatan kecemasan, seramai 370 penumpang terpaksa dipindahkan dari kereta api malam, yang dalam perjalanan dari Innsbruck ke Amsterdam dan Hamburg pada Rabu malam.

Kerosakan pada kabel elektrik dalam terowong rel Terfens menyebabkan kebakaran pada satu atau lebih kenderaan yang dibawa dengan gerabak pembawa kereta.

Polis berkata, kira-kira 50 orang penumpang cedera ringan atau terhidu asap. Tiada kecederaan serius dilaporkan. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini