comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Asrama Maahad Tahfiz terbakar

 

Oleh: Selwam Arjunan

KEPALA BATAS: Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran (Ma’hadul Azhar) di Kampung Banggul, Jalan Pokok Sena, di sini, musnah sebahagiannya apabila dijilat api dalam kebakaran, pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa terbabit dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PBK II Khairul Affendi Arifin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.52 pagi.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Tasek Gelugor, Penanti dan Bertam bergegas ke lokasi.

“Kebakaran berlaku di tingkat dua rumah yang berkeluasan 100×80 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan kebakaran sebanyak 40 peratus.

“Yang terbakar adalah bangunan dua tingkat, iaitu tingkat bawah dijadikan rumah dan tingkat atas dijadikan asrama pelajar.

“Semasa kejadian tiada penghuni di bangunan tersebut. Api berjaya dikawal pada jam 12.21 tengahari,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, empat orang pelajar dan seorang ustaz berada di bangunan sebelah yang menempatkan kelas Tahfiz semasa kejadian didapati selamat dan tidak terjejas dengan kebakaran.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini