comscore
Tumpuan :
Dunia

Kes COVID-19 Di Ukraine Bakal Memuncak Pada Oktober – WHO

FOTO: REUTERS

UKRAINE: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 di Ukraine bakal memuncak menjelang Oktober.

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, hospital juga dijangka menghampiri kapasiti penuh.

Beliau juga memaklumkan kekurangan oksigen diramal berlaku memandangkan sumber bekalan utama berada di bahagian yang ditawan di negara berkenaan.

Menurutnya, oksigen penting untuk pesakit yang mempunyai pelbagai keadaan, termasuk COVID-19 dan mereka yang mempunyai penyakit kritikal lain berpunca daripada komplikasi kehamilan, bersalin, sepsis, kecederaan dan trauma.

Pencerobohan di Ukraine pada Februari oleh Russia memberi kesan besar kepada penjagaan kesihatan, dengan WHO mengesahkan lebih 500 serangan terhadap infrastruktur kesihatan.

Loading...
Terkini