comscore
Tumpuan :
Dunia

Korea Selatan senaraikan 741 lagi barangan dilarang eksport ke Rusia, Belarus.

Foto: Agensi

SEOUL: Korea Selatan mengetatkan kawalan eksport terhadap Rusia dan Belarus dengan menambah senarai barangan yang dikenakan sekatan sebagai tindak balas kepada pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Seoul menambah 741 lagi item merangkumi produk berkaitan kimia, keluli, auto, mesin, komputer kuantum dan lain-lain ke dalam senarai barangan yang dilarang dihantar ke Rusia dan Belarus, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Tenaga.

Menurut kementerian itu pihaknya akan membuat semakan kes demi kes bagi kes tertentu untuk penghantaran ke kedua-dua negara.

Langkah itu dibuat memandangkan kemungkinan besar barangan berkenaan digunakan oleh negara pengimport sebagai senjata dan untuk tujuan ketenteraan, walaupun ia tidak diklasifikasikan sebagai barangan strategik di bawah skim kawalan eksport Korea Selatan.

Semakan itu menjadikan jumlah senarai barangan yang dilarang berjumlah 798 berbanding hanya 57 sebelum ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini