comscore
Tumpuan :
Dunia

Korea Utara uji peluru berpandu krus strategik dan antipesawat 

Foto: Reuters

SEOUL: Korea Utara melakukan ujian kuasa “muncung perang luar biasa besar” untuk peluru berpandu krus strategik dan mengadakan ujian tembakan peluru berpandu antipesawat baharu minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik media kerajaan Korea Utara, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Sabtu.

Pentadbiran Misil itu melakukan ujian muncung perang yang direka bentuk untuk peluru berpandu krus strategik  “Hwasal-1 Ra-3” dan melancarkan peluru berpandu antipesawat baharunya  “Pyoljji-1-2,” di L aut Kuning pada Jumaat.

Ini adalah kali pertama Pyongyang menamakan sebuah misilnya “Pyoljji” yang bermaksud meteor dalam Bahasa Korea.

Kedua-dua ujian merupakan aktiviti tetap pentadbiran itu dan institusi sains pertahanan yang merupakan ahli gabungannya untuk pembangunan pesat teknologi dan tidak berkaitan dengan keadaan geopolitik semasa,” kata KCNA.

Pada hari sama tentera Korea Selatan melaporkan ia mengesan pelancaran beberapa peluru berpandu krus dan peluru berpandu antipesawat  yang disasarkan ke arah Laut Kuning sekitar pukul 3.30 petang. Mereka kini sedang menganalisis spesifikasinya dengan terperinci.

“Tentera kami sedang memantau rapat isyarat provokasi dan aktiviti ketenteraan Korea Utara sambil mengekalkan sebuah postur pertahanan yang teguh,” kata  Ketua Turus Bersama.

Sebelum itu pada 3 Feb, Korea Utara mengumumkan ia telah melaksanakan apa yang dipanggil “ujian kuasa muncung perang luar biasa besar” dan ujian tembakan peluru berpandu antipesawat di Laut Kuning.

Pentadbiran Misil Utara tidak memberikan nama spesifik senjata itu atau keputusan ujian pelancarannya.  – BERNAMA-YONHAP

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini