comscore
Tumpuan :
Dunia

Kucing terlepas, perkhidmatan kereta api tergendala lebih sejam

PARIS: Gara-gara seekor kucing Parsi yang terlepas daripada jagaan pemiliknya memaksa perjalanan kereta api TGV dari stesen Gare de Lyon di Paris ke Nice ditangguhkan selama sejam.

Menurut Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar Perancis Le Parisien insiden itu berlaku beberapa hari sebelum mahkamah di Perancis mengenakan denda tinggi ke atas syarikat kereta api nasional SNCF, selepas satu kereta api mereka gagal berhenti apabila seekor kucing melintasi landasan.

Ini disusuli kematian kucing bernama Neko pada Januari, selepas kucing itu melarikan diri ketika kereta api sedang berlepas, menurut pemiliknya yang berusia 15 tahun.

Kereta api itu meneruskan perjalanannya walaupun gadis dan ibunya memberi amaran bahawa kucing itu berada di bawah kereta api, kata mereka.

Pada Selasa, mahkamah memerintahkan SNCF, yang didapati bersalah kerana cuai, membayar pampasan sebanyak €1,000 (US$1,090) kepada setiap seorang daripada dua pemilik kucing itu.

Kali ini, pihak pengurusan kereta api memutuskan bekalan elektrik stesen selama sejam untuk mengeluarkan kucing dari bawah rangka kereta api TGV, lapor akhbar berkenaan

Loading...
Terkini