comscore
Tumpuan :
Sukan

Nice tumbangkan PSG

Terem Moffi meledak gol kemenangan PSG pada minit ke-68. – Foto Reuters

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mengalami kekalahan pertama di saingan Ligue 1 musim ini.

Dua gol daripada Kylian Mbappe ketika bertemu Nice gagal membantu pasukan itu untuk menyekat kemenangan 3-2 ke atas PSG di Parc des Princes, awal pagi tadi.

Pada minit ke-21, PSG ketinggalan selepas Terem Moffi menjaringkan gol pertama untuk Nice selepas kesilapan dilakukan oleh Mbappe.

Penyerang Perancis itu menebus kesilapannya apabila menyamakan kedudukan minit ke-29 namun Gaetan Laborde kembali meletakkan Nice di depan lapan minit babak kedua.

Moffi meledak gol kemenangan minit ke-68.

Mbappe merapatkan jurang menerusi golnya pada minit ke-87 untuk juara Perancis itu namun ia tidak dapat menafikan kemenangan Nice.

“Sepanjang perlawanan mereka lebih bertenaga daripada kami.

“Jelas sekali kekalahan ini amat mengecewakan, kami semua perlu memperbaiki diri masing-masing termasuk saya sendiri.

“Nice bermain dengan sangat baik, tetapi saya tidak bimbang dan melihat penyokong menyokong pasukan walaupun kami ketinggalan dua kali,” kata Luis Enrique selepas kekalahan pertamanya sebagai jurulatih PSG.

Nice, disokong oleh jutawan Britain, Jim Ratcliffe, berharap untuk bangkit musim ini daripada kempen yang mengecewakan musim lalu apabila mereka hanya mampu menduduki tempat kesembilan dalam Ligue 1.

“Semuanya mesti sempurna untuk mendapatkan keputusan positif di sini. Lawan dilihat tidak berada pada prestasi terbaik mereka, dan kami mesti memberikan persembahan mantap,” kata jurulatih Nice, Francesco Farioli. – AGENSI

Loading...
Terkini