comscore
Tumpuan :
Dunia

Kyiv serang Enerhodar dengan dron, 2 UAV musnah – Rusia

Loji kuasa nuklear Zaporizhzhya berhampiran Enerhodar berada di bawah pengawasan Rusia sejak tentera Moscow menawannya pada awal perang. – Foto: Reuters

VLADIVOSTOK: Ukraine menyerang kedudukan Rusia di bandar Enerhodar di wilayah Zaporizhzhia dengan dron pada Isnin dengan dua pesawat tanpa pemandu (UAV) ditembak jatuh, lapor Sputnik.

“Terdapat serangan dron besar-besaran ke atas bandar Enerhodar semalam (pada Isnin). Enam serangan udara direkodkan kira-kira 6 petang (waktu tempatan, 15:00 GMT).

“Dua dron telah dimusnahkan semasa menghampiri manakala empat terkena tembakan,” ketua perbadanan nuklear Rusia Rosatom Alexey Likhachev memberitahu pemberita pada Selasa di luar Forum Ekonomi Timur (EEF) yang sedang berlangsung di Vladivostok.

Serangan Kyiv bertujuan untuk menakut-nakutkan lagi penduduk bandar dan pekerja loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, dakwa ketua Rosatom itu.

Keselamatan teknologi loji kuasa nuklear Zaporizhzhia terjamin sepenuhnya, tetapi terdapat risiko serangan ke atasnya dari Kyiv, tambahnya. – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini