comscore
Tumpuan :
Dunia

Lapan maut dalam serangan di sempadan Pakistan – Afghanistan

Orang ramai memadamkan trak bekalan kargo selepas ia terkena tembakan meriam, di bandar sempadan Pakistan-Afghanistan Chaman, Pakistan. Foto: REUTERS

QUETTA: Sekurang-kurangnya lapan maut dalam serangan melibatkan tentera Pakistan dan Afghanistan di sempadan Balocshitan-Kandahar.

Dalam kejadian itu tujuh warganegara Pakistan maut, serta dua tentera masing-masing tentera Pakistan dan Afghanistan.

17 warga Pakistan dan 10 warga Afghanistan terdiri daripada orang awam dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Pergolakan tercetus apabila tentera Pakistan mengarahkan tentera Afghanistan berhenti membina pos pemeriksaan baharu di kawasan sempadan mereka.

Menurut pihak Pakistan, Afghanistan melepaskan tembakan secara sembarangan selain turut menggunakan senjata berat.

Laporan juga mendapati Afghanistan melancarkan serangan ke atas orang awam di Chaman itu menggunakan bom mortar dan meriam.

Loading...
Terkini