comscore
Tumpuan :
Dunia

Satu lagi nyawa jadi korban serangan terbaharu Israel.

Foto : Reuters

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan terbaharu di Gaza, ketika penduduk di kedua-dua sempadan bersiap sedia berdepan lebih banyak keganasan.

Serangan berlaku beberapa jam selepas tentera membunuh dua rakyat Palestin di Tebing Barat.

Terdahulu, kepulan asap kelihatan dari wilayah pantai Palestin selepas Israel memberitahu kononnya ia menyasarkan infrastruktur pelancaran roket yang dipegang oleh pejuang Palestin.

Foto : Reuters

Seorang mangsa  terbunuh dan seorang parah dalam kejadian itu disahkan pegawai kementerian kesihatan Gaza.

Kematian terbaru itu sehari selepas serangan rejim Israel ke atas Gaza yang mengorbankan tiga pejuang Palestin dan 12 yang lain, termasuk empat kanak-kanak.

Foto : Reuters

Rentetan keganasan rejim, kumpulan pejuang Palestin berikrar untuk bertindak balas.

Sementara Israel memberi amaran kepada penduduknya berhampiran sempadan untuk berlindung di lokasi selamat.

Keganasan terbaru itu menjadikan seramai 126 orang Palestin yang terbunuh dalam konflik Israel-Palestin setakat tahun ini.

Loading...
Terkini