comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 240 penduduk Palestin terbunuh sejak genjatan senjata tamat

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 240 orang termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh di wilayah Palestin sejak tentera Zionis melancarkan semula serangan di semenanjung Gaza.

Manakala lebih 650 yang lain cedera dalam beberapa siri serangan udara di seluruh wilayah itu.

Tentera Israel menyasarkan Khan Younis mengakibatkan puluhan rumah dimusnahkan bersama penghuni di dalamnya.

Perbincangan yang bertujuan untuk melanjutkan gencatan senjata antara kedua-dua pihak di Qatar juga dilaporkan menemui kegagalan.

Qatar, yang memainkan peranan penting sebagai pengantara, berkata rundingan itu masih diteruskan,namun pengeboman semula Israel ke atas Gaza menjadikannya lebih rumit.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRSC) turut memaklumkan, Israel mula bertindak menghalang bantuan daripada memasuki wilayah itu.

Loading...
Terkini