comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Lee Hsien Loong kekal dalam kabinet sebagai Menteri Kanan


SINGAPURA: Lee Hsien Loong akan kekal dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai Menteri Kanan selepas mengakhiri penggal sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong sekaligus menjelaskan tidak berlaku banyak perubahan dalam kabinetnya nanti.

Wong juga memaklumkan, butiran lengkap rombakan kabinet akan diumumkan beberapa hari sebelum angkat sumpah yang dijadual 15 Mei nanti.

Menurut Wong, peralihan kepimpinan bukan bererti semua menteri lama akan berundur pada masa sama, namun mereka terus menyumbang mungkin dengan portfolio berbeza.

Ia akan memberi ruang kepada kepimpinan lebih muda untuk meneruskan pentadbiran.

Wong yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau gembira Hsien Loong bersetuju untuk kekal dalam kabinet sebagai Menteri Kanan.

Bagaimanapun, Wong berkata perubahan besar kemungkinan berlaku selepas pilihan raya umum dan beliau sudah mula mencari calon-calon baharu.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong turut berkhidmat sebagai Menteri Kanan selepas berundur.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini