comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelongan baju panas kambing biri-biri Puteri Diana cecah hampir £1 juta

Foto: Pustaka Puteri Diana

LONDON: Baju panas Puteri Diana dijual pada harga US$1.14 juta (£920,000) dalam satu acara lelongan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Baju merah yang dipakai Diana pada perlawanan polo pada Jun 1981 dan ketika itu baru bertunang, dijual pada harga US$1,143,000 oleh Sotheby’s di New York, sekali gus mengatasi anggaran US$50,000 hingga US$80,000.

Baju itu yang memaparkan seekor kambing biri-biri hitam di antara barisan biri-biri putih, ditemukan oleh pereka Joanna Osborne di loteng pada Mac.

Pelelong tidak mendedahkan identiti pembida yang menang.

Sotheby’s menyifatkan baju panas itu mempunyai “motif biri-biri hitam dan putih yang aneh” dan merupakan satu daripada rekaan pertama Sally Muir dan Joanna Osborne dari Warm and Wonderful knitwear yang ditubuhkan pada tahun 1979.

Nota katalog The Sotheby’s menyatakan: “Dipakai oleh Diana Spencer pada tahun 1981 semasa perlawanan polo Putera Charles”.

“Padanan foto baju panas yang hilang itu dan yang ditemukan di loteng mengesahkan ia sebagai baju panas yang dipakai oleh Puteri Diana lebih 40 tahun lepas.”

Pembidaan dalam talian dibuka pada 31 Ogos, ulang tahun ke-26 pemergian Diana dalam nahas kereta di Paris. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini