comscore
Tumpuan :
Dunia

Ford Escort Puteri Diana Dilelong GBP650,000

Foto: ReutersConnect

BRITAIN: Sebuah kereta milik mendiang Puteri Diana dijual dengan nilai dengan harga GBP650,000 pada satu sesi lelongan di Britain.

Menurut Agensi Anadolu, seorang pembida British membeli Ford Escort RS Turbo Siri 1 di Lelongan Silverstone, pada Sabtu.

Diana, Puteri Wales, pernah memandu kereta itu dari 1985 hingga 1988.

Namun jentera itu mencatatkan jarak pemanduan hanya sejauh 24,961 batu sahaja.

Ia merupakan satu-satunya kereta hitam seumpamanya berikutan perjanjian antara Ford dan pasukan keselamatan Diana untuk memastikan ia tidak mudah dicam.

Ciri-ciri lain termasuk cermin pandang belakang sekunder untuk digunakan pasukan keselamatan dan radio dalam di dalam bekas tempat letak barang.

Pada Jun tahun lalu, sebuah lagi Ford Escort milik Puteri Diana berjaya dilelong pada harga GBP52,000.

Loading...
Terkini