comscore
Tumpuan :
Dunia

Mahkamah Belanda sahkan MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia

Foto REUTERS

AMSTERDAM: Mahkamah Belanda hari ini mengesahkan pesawat penumpang MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia dalam tragedi pada 2014.

Mahkamah itu yang mengendalikan perbicaraan empat suspek insiden berkenaan tanpa kehadiran mereka, berkata peluru berpandu terbabit ditembak dari sebuah padang di timur Ukraine.

“Mahkamah berpendapat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari sebuah padang ladang berhampiran Pervomaisk, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 kru,” kata Hakim Hendrik Steenhuis.

Pada 17 Julai 2014, pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan anak kapal dari 10 negara berbeza dengan lebih separuh daripadanya merupakan warga Belanda. – REUTERS

Loading...
Terkini