comscore
Tumpuan :
Dunia

Mahkamah Rusia jatuhkan hukuman penjara terhadap tentera AS

 

MOSCOW: Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditahan di Rusia pada awal Mei dijatuhi hukuman penjara tiga tahun sembilan bulan oleh mahkamah di Vladivostok atas kesalahan mencuri dan ugutan bunuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik agensi berita Rusia, Tass pada Rabu.

Lelaki itu didapati mencuri 10,000 rubel (US$120) daripada teman wanitanya dan bertindak mengancamnya.

Suspek kemudiannya ditahan di bandar pelabuhan Pasifik, Vladivostok.

Menurut Tentera AS, tentera itu telah menamatkan perkhidmatannya di Korea Selatan pada 10 April dan telah pergi ke Vladivostok melalui China “atas urusan peribadi”.

Pihak berkuasa AS memaklumkan lelaki terbabit tidak memohon kebenaran rasmi dari Jabatan Pertahanan bagi perjalanannya.

Penahanan warga negara AS di Rusia sering membawa kepada rundingan rumit antara Moscow dan Washington mengenai pembebasan atau pertukaran. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini