comscore
Tumpuan :
Dunia

Mayat pengembala lembu dijumpai dalam kebakaran ladang

GREECE: Mayat seorang pengembala lembu ditemui di daerah luar bandar Greece.

Dalam tempoh 24 jam sahaja, sekurang-kurangnya 61 kebakaran dilaporkan tercetus di negara berkenaan.

Banyak ladang dan kilang musnah terbakar akibat kebakaran hutan.

Ekoran tragedi ini, penternak bertungkus-lumus cuba menyelamatkan haiwan ternakan mereka.

Bangkai lembu yang hangus terbakar juga turut ditemui di sebuah ladang ternakan di Sesklo.

Menurut penternak tempatan, kawasan yang dipenuhi semak samun selain pokok yang tumbuh merata memudahkan lagi kebakaran untuk merebak.

Sehubungan itu pihak berkuasa menasihatkan orang ramai untuk segera berpindah dari kediaman mereka khususnya di kawasan paling teruk terjejas, Magnesia.

Loading...
Terkini