comscore
Tumpuan :
Dunia

Musk optimis Tesla di pasaran India secepat mungkin

NEW YORK: Usahawan jutawan Amerika Syarikat (AS), Elon Musk, optimis syarikat pembuatan kereta elektriknya, Tesla, akan berada di pasaran India `secepat mungkin’ dan akan membuat `pelaburan yang signifikan’ dalam ekonomi negara itu.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, di New York, Amerika Syarikat.

Dalam menyatakan keyakinan itu, Musk juga melihat India menjanjikan lebih banyak peluang daripada mana-mana negara besar di dunia.

Menurut Musk, Modi benar-benar mengambil berat tentang India dan mendorongnya melakukan pelaburan besar di negara berkenaan, dan hanya mencari masa yang tepat.

Musk juga berkata beliau `menantikan untuk membawa Starlink ke India’ dan beliau akan melawat negara itu pada tahun depan.

Modi dalam rangka lawatan ke AS dari 20 hingga 23 Jun, termasuk New York dan Washington.

Beliau akan bertemu dengan Presiden Joe Biden, Naib Presiden Kamala Harris, dan Setiausaha Negara, Antony Blinken.

Loading...
Terkini