comscore
Tumpuan :
Dunia

Nahas pesawat ringan & kereta, dua disahkan maut 

BRUSSELS: Sebuah pesawat ringan bertembung dengan kereta ketika cuba mendarat dalam angin kencang di lapangan terbang di timur Belgium, hari ini.

Komander polis tempatan, Jean-Michel Lejeune mengesahkan dua mangsa maut.

Katanya ketika kejadian, pesawat itu cuba mendarat tapi gagal dan bertembung dengan kereta diparkir jalan berhampiran lapangan terbang di Spa, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu meletup.

Siasatan awal mendapati juruterbang pesawat itu adalah warga Jerman.

“Dua maut akibat kejadian ini dan pesawat terbabit gagal mendarat dengan selamat,” katanya.

Berdasarkan laporan media, pemandu kereta ketika itu keluar merokok.

Beberapa imej disiarkan media Belgium menunjukkan asap berkepul berhampiran landasan dan kereta terbabit, selain kenderaan kecemasan menutupi jalan.

Pegawai perlindungan alam sekitar juga dilaporkan berada di tempat kejadian untuk memastikan tiada pencemaran terhadap air. – AGENSI

Loading...
Terkini