comscore
Tumpuan :
Dunia

Naib Presiden Filipina Sara Duterte letak jawatan sebagai setiausaha pendidikan

Foto: Reuters

MANILA: Naib Presiden Filipina, Sara Duterte, pada Rabu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan negara itu, lapor Xinhua yang memetik kenyataan Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden, Cheloy Garafil.

Dalam satu kenyataan, Garafil berkata Duterte menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet semasa lawatan ke istana presiden.

“Beliau enggan memberikan alasan mengapa. Beliau akan terus berkhidmat sebagai naib presiden. Kami berterima kasih atas khidmat beliau,” kata Garafil. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini