comscore
Tumpuan :
Dunia

Natasa Pirc Musar Presiden wanita pertama Slovenia

Foto: Reutersconnect

SLOVENIA: Calon Bebas, Natasa Pirc Musar dipilih sebagai Presiden wanita yang pertama Slovenia.

Pirc Musar bakal mengangkat sumpah jawatan pada 23 Disember depan apabila tamat mandat penggal kedua penyandang jawatan itu, Borut Pahor.

Berdasarkan keputusan awal selepas kira-kira 98 peratus undi dikira, Pirc Musar memperoleh 54 peratus undi berbanding 46 peratus diraih pesaingnya, Anze Logar yang juga bekas Menteri Luar dan ahli pembangkang berhaluan kanan, Parti Demokratik Slovenia.

Pada pusingan pertama pemilihan Presiden, bulan lalu, Logar menerima undian terbanyak dalam kalangan tujuh calon, dengan Pirc Musar meraih tempat kedua.

Seterusnya, dua calon yang mencatat kedudukan terbaik itu bersaing dalam pusingan kedua.

Pirc Musar, 54 tahun, merupakan seorang peguam, bekas wartawan dan mantan Pesuruhjaya Maklumat peringkat nasional yang menyelia keselamatan data peribadi serta capaian umum kepada maklumat awam di negara ini.

Beliau bertanding sebagai calon Bebas tetapi dalam pusingan kedua saingan itu, beliau disokong oleh Gerakan Kebebasan yang diterajui Perdana Menteri, Robert Golob, dan rakan gabungan, Demokrat Sosial.

Meskipun peranan Presiden Slovenia hanya bersifat istiadat, penyandang jawatan itu bertanggungjawab sebagai ketua tentera negara serta mempunyai hak melantik pegawai tinggi.

Loading...
Terkini