comscore
Tumpuan :
Dunia

Nigeria layak ke peringkat kalah mati, benam Itali 2 – 0

Foto : Reuters

MENDOZA: Nigeria memastikan tempat ke peringkat kalah mati Piala Dunia Bawah 20 di Argentina apabila menundukkan Itali dua kosong.

Gol-gol Nigeria dijaringkan oleh Salim Fago pada minit ke-61 dan Jude Sunday pada minit ke-5 waktu kecederaan.

Selepas dua perlawanan, Nigeria di tangga teratas Kumpulan D dengan enam mata.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Sabtu ini, Nigeria dijadual berdepan Brazil manakala Itali menentang Republik Dominika.

Hanya dua pasukan teratas layak ke peringkat kalah mati manakala pasukan tangga ketiga terpaksa bertarung dengan pasukan di tangga sama dari kumpulan lain untuk mengesahkan tempat.

Loading...
Terkini