comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Warga Nigeria maut jatuh dari tingkat 16


Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Nigeria maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Uban di sini semalam ketika cuba melarikan diri selepas rumahnya diserbu polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik pada jam 6 petang berikutan maklumat aktiviti pengedaran dadah di premis berkenaan.

Katanya, ketika pasukan serbuan mengetuk pintu rumah terbabit di tingkat 16, seorang lelaki yang dipercayai warga Nigeria keluar dari rumah, namun dia bergegas masuk semula selepas menyedari kehadiran polis dan mengunci pintu.

Beliau berkata, pasukan serbuan kemudian dapat memecah masuk ke rumah berkenaan, namun pemeriksaan hanya menemui seorang lelaki lain, juga dipercayai warga Nigeria yang kemudiannya ditahan polis.

“Pemeriksaan di sekitar bangunan terbabit menemui seorang lelaki terbaring di tingkat bawah dipercayai lelaki yang membuka pintu tadi.

“Seorang lagi rakannya ditangkap ketika cuba melarikan diri di tingkat lapan kondominium terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut mengenai serbuan itu, Razlam berkata, pihaknya menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu dalam rumah yang disewa mereka.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini