comscore
Tumpuan :
Dunia

Nigeria: Operasi penerbangan terganggu, pekerja penerbangan lancar mogok

FOTO: Reuters

ABUJA: Operasi penerbangan di lapangan terbang utama di seluruh Nigeria Isnin terganggu apabila pekerja penerbangan melancarkan mogok, menyebabkan penumpang domestik terkandas.

Selain penumpang yang terkandas akibat gangguan jadual penerbangan, pemilik perniagaan dan pekerja juga berada dalam kekeliruan kerana mereka tidak boleh mengakses laluan ke tempat kerja mereka di Murtala sekitar Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad, lapor Xinhua.

Pekerja penerbangan juga menuntut rancangan merobohkan bangunan agensi penerbangan untuk projek bandar lapangan terbang di Lagos oleh kerajaan persekutuan dihentikan.

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Azikiwe di Abuja, menasihatkan penumpang merancang penerbangan dan temu janji mereka ekoran tindakan industri itu.

Kerajaan Nigeria pada Isnin menggesa agar mogok dihentikan, sambil berkata selain menyebabkan gangguan besar terhadap perjalanan udara di seluruh negara, perkembangan itu telah menyukarkan pelancong domestik.

Dalam satu kenyataan, Odutayo Oluseyi, jurucakap Kementerian Penerbangan, berkata “jika berpanjangan, ia mungkin mendatangkan kesukaran kepada rakyat, “menjejaskan jadual penerbangan, membawa kepada kerugian ekonomi, dan memberi kesan negatif kepada penarafan di peringkat global.” – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini