comscore
Tumpuan :
Dunia

OIC kutuk sekeras-kerasnya ‘jenayah perang’ Israel ke atas hospital di Gaza

Foto: Reuters

ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di tengah Gaza dan menyifatkan tindakan itu sebagai “keganasan terancang” dan ” jenayah perang.”

Dalam satu kenyataan bertulis pada Selasa, OIC menekankan bahawa blok 57 negara Islam itu mahu Israel bertanggungjawab atas perbuatan jenayah, keganasan dan serangan kejam terhadap rakyat Palestin.

Perbuatan itu jelas bercanggah dengan nilai kemanusiaan dan bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

OIC menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera campur tangan bagi menghentikan jenayah perang itu dan menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini