comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Liga Arab dan OIC tolak alasan Israel 

ARAB SAUDI: Sidang kemuncak negara-negara anggota Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam OIC menolak alasan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sebagai tindakan mempertahankan diri.

Menurut koresponden Al Jazeera, Hashem Ahelbarra, tanpa konsesus, sebarang keputusan yang dicapai di sidang itu adalah sia-sia.

Sidang berkenaan turut memperlihatkan pemimpin negara Arab dan Islam yang lain tidak mempunyai mekanisme untuk menggesa pelaksaan gencatan senjata dan koridor kemanusiaan.

Mereka sebulat suara mengecam pencerobohan Israel, melabelkan serangan sebagai jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai selain tindakan rejim sebagai tidak berperikemanusiaan.

OIC dalam pada itu turut menggesa untuk menamatkan pengepungan terhadap Gaza sekaligus membolehkan bantuan kemanusian dibawa masuk segera selain menghentikan pembekalan senjata api kepada Israel.

Pemimpin negara OIC dalam pada itu menyeru Majlis Keselamatan PBB, UNSC tegas dalam menghentikan pencerobohan Israel di Gaza.

Awalnya, hanya 22 anggota Liga Arab dijangka mengambil bahagian, namun sidang itu diperluaskan dan bertindak memasukkan OIC terdiri daripada 57 negara anggota yang majoritinya negara Islam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini