comscore
Tumpuan :
Dunia

Operasi menyelamat digandakan menjelang 72 jam pasca gempa

JEPUN: Operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas gempa di Ishikawa, Jepun dipertingkat menjelang tempoh genting 72 jam pasca gegaran.

Perdana Menteri, Fumio Kishida berkata terdapat jumlah yang besar masih terperangkap di bawah runtuhan dan kebarangkalian untuk menemui mangsa yang masih hidup selepas 72 jam akan semakin merosot.

Setakat ini jumlah korban mencecah 77 mangsa.

Untuk itu jumlah anggota penyelamat digandakan kepada 4,400 orang.

Sementara itu penduduk di Wajima kembali ke kawasan kediaman untuk meninjau keadaan rumah mereka yang musnah.

Mereka kini sangsi adakah boleh untuk kembali tinggal di kawasan itu.

Di lokasi sama sukarelawan dilihat mengedarkan makanan percuma kepada penduduk.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini