comscore
Tumpuan :
Dunia

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester kembali pulih

Foto: Reuters

MANCHESTER: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester di United Kingdom kembali pulih selepas mengalami gangguan bekalan elektrik.

Ia menyaksikan semua penerbangan di Terminal 1 dan 2 disambung semula secara berperingkat.

Terdahulu perkhidmatan di lapangan terbang berkenaan terjejas sepanjang hari.

Gangguan bekalan elektrik mengakibatkan pembatalan penerbangan dari Terminal 1 dan 2.

Beberapa penerbangan yang tiba juga terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang lain.

Malah sebahagian pesawat yang mendarat di Manchester perlu menunggu beberapa jam sebelum penumpang dibenarkan turun dari pesawat terbabit. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini