comscore
Tumpuan :
Dunia

Parlimen Thailand batal pencalonan Pita Limjaroenrat sebagai Perdana Menteri

FOTO: Reuters

BANGKOK: Parlimen Thailand membatalkan pencalonan pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat sebagai Perdana Menteri.

Keputusan itu dicapai ketika Pita berusaha mendapatkan sokongan dalam pemilihan kali kedua yang berlangsung di Parlimen.

Terdahulu, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Pita sebagai ahli parlimen bermula hari ini.

Mahkamah bakal mendengar kes membabitkan pegangan saham Pita dalam sebuah syarikat media, tindakan yang dilarang bagi ahli parlimen di negara itu.

Pita mempunyai tempoh 15 hari bagi mengemukakan maklum balas berhubung dakwaan itu.

Beliau pada masa sama menerima keputusan mahkamah namun mempertikai kenyataan pemilikan saham itu dengan alasan ia bukan satu perlanggaran dalam undang-undang pilihan raya.

Bahkan syarikat itu juga dilaporkan tidak pernah aktif dalam penyiaran sejak tahun 2007.

Loading...
Terkini