comscore
Tumpuan :
Luar Negara

MFP usul draf pinda perlembagaan, halang ahli Senat sertai pemilihan PM baharu

FOTO: Reuters

BANGKOK: Sebaik pengumuman tarikh baharu pemilihan calon Perdana Menteri Thailand diumumkan timbalan speaker dewan negara itu, parti yang memenangi pilihan raya umum lalu, Parti Move Forward, MFP segera mengusulkan draf pindaan Perlembagaan Thailand kepada Speaker Dewan Perwakilan bagi menyekat kuasa ahli Senat daripada menyertai sesi pemilihan perdana menteri.

Dalam satu kenyataan, MFP merasakan tindakan ahli Senat yang dipilih oleh kerajaan tentera sebelum ini tidak mewakili suara rakyat.

Justeru, pindaan perlu dilakukan bagi mengembalikan kuasa kepada ahli Dewan Perwakilan yang mewakili mandat rakyat.

Menurut Seksyen 272 Perlembagaan Thailand sedia ada, ahli Senat boleh menyertai sesi pemilihan perdana menteri bersama-sama ahli Dewan Perwakilan di Parlimen sehingga Mei 2024.

Loading...
Terkini