comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Parlimen Thailand bubar, pilihan raya dijangka 14 Mei

‘Bubar’

BANGKOK:  Parlimen Thailand sah bubar hari ini selepas Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn meluluskan dekri pembubaran terbabit.

Pembubaran itu sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Thailand diadakan pada bulan Mei.

Dalam dekri yang disiarkan stesen tempatan, pembubaran berkenaan secara tidak langsung mengembalikan mandat kepada rakyat dan dalam tempoh itu, Raja Thailand akan mengetuai sebarang urusan pentadbiran negara.

 

Menurut Perlembagaan Thailand, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari selepas parlimen dibubarkan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Krea-ngam dalam satu kenyataan memberi bayangan pilihan raya akan diadakan pada 14 Mei depan.

Pilihan raya kali ini menyaksikan Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha bakal diberi tentangan oleh parti pimpinan Paetongtarn Shinawatra, anak kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini