comscore
Tumpuan :
Dunia

Pelakon ‘Friends’, Matthew Perry meninggal dunia

Foto: Reuters

LOS ANGELES: Pelakon sitkom popular, Friends, Matthew Perry dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di sini.

Perry, 54 ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah jakuzi pada Sabtu.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles bagaimanapun menyangkal dakwaan punca kematian pelakon itu disebabkan pengambilan dadah berlebihan.

Menurut LA Times dan TMZ, yang pertama kali melaporkan berita itu, kedua-duanya berkata tidak ada tanda-tanda kecurangan, memetik sumber tanpa nama.

Perry terkenal dengan watak Chandler Bing dalam filem “Friends” yang sangat popular di NBC, berlangsung selama 10 musim dari 1994 hingga 2004.

Foto: Reuters

Perry berjuang selama bertahun-tahun dengan ketagihan terhadap ubat penahan sakit dan alkohol, serta sudah menghadiri klinik pemulihan beberapa kali.

Semasa perjumpaan semula “Friends” yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Perry mengejutkan rakan pelakonnya dengan mengakui mengalami kerisauan teruk setiap malam semasa penggambaran.

Selain Friends, Perry muncul dalam filem seperti “Fools Rush In” dan “The Whole Nine Yards.”

Loading...
Terkini