comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk beratur sejauh 1km untuk dapat makanan, minum air kotor di Gaza – Dr Ziad

Foto: Reuters

GAZA: Keadaan di Gaza semakin meruncing berikutan sekatan bagi mendapatkan bekalan air bersih dan makanan, menurut Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada.

Beliau berkata, masuk hari ke-9 serangan bertali arus tentera rejim Israel menyaksikan, penduduk terpaksa beratur sejauh satu kilometer untuk mendapatkan makanan, selain meminum air kotor.

“Anak saya sendiri beratur selama tiga jam dan hanya diberikan sebungkus roti. Kami makan sehari sekali, ini juga bagi mengelakkan penggunaan air yang banyak. Beginilah keadaan penduduk di Gaza keseluruhannya.

Foto: Reuters

“Saya dan keluarga juga minum bekalan air yang kotor kerana tidak mempunyai pilihan. Anak lelaki saya menghadapi masalah buah pinggang dan memerlukan bekalan air bersih,” katanya dalam laporan harian kepada Ibu Pejabat MyCARE di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, sebuah rumah kini menempatkan 60 hingga 70 orang dan boleh mencecah 100 orang, kerana mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk berlindung. – MyCARE

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini