comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Penduduk Palestin maut, 4 cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel

 

TEBING BARAT: Seorang penduduk Palestin maut, manakala beberapa yang lain cedera dalam pertempuran antara Pejuang Palestin dengan tentera Israel serta penduduk haram Yahudi di Balata, Nablus.

Briged Al-Quds dalam kenyataannya mendedahkan, pertempuran berlaku selepas pihak musuh menceroboh kawasan itu.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam pada itu mengesahkan, dua daripada empat mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa yang maut ialah seorang remaja berusia 19 tahun, manakala puluhan lagi penduduk mengalami sesak nafas termasuk wartawan, selepas dibaling dengan gas pemedih mata.

Tentera Israel yang tidak berhati perut turut menghalang pasukan paramedik daripada memberi rawatan kepada mangsa.

Tidak cukup dengan itu, ambulans juga jadi sasaran, ditembak dengan peluru getah. – AL JAZEERA/PALINFO

Loading...
Terkini