comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera Israel bedil kereta penduduk Palestin ragut tiga nyawa

TEBING BARAT: Tentera Israel bertindak kejam dengan membedil kereta yang dinaiki penduduk Palestin sehingga meragut tiga nyawa.

Rejim Zionis sekali lagi mendakwa kononnya serangan udara di Jenin, Tebing barat itu menyasarkan pejuang Hamas.

Alasan tidak masuk akal terus diguna pakai pengganas Israel bagi menutup tindakan kejam bedilan membuta tuli itu dengan menuduh dua daripada empat individu yang dijadikan sasaran terlibat dalam serangan ke atas Israel.

Serangan berdarah yang turut mencederakan seorang lagi mangsa menyaksikan kenderaan terbabit musnah terbakar.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 20 cedera ketika perarakan pengebumian ketiga-tiga mangsa korban berkenaan.

Ketegangan yang tercetus mengakibatkan salah seorang mangsa mengalami kecederaan serius di kepala. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini