comscore
Tumpuan :
Dunia

Perdagangan Rusia-EU jatuh ke tahap terendah dalam 24 tahun

Foto: Reuters

MOSCOW: Perdagangan antara Rusia dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh kepada 5.6 bilion euro (US$6.013 bilion) pada April, mencatatkan nilai bulanan terendah sejak Jan 2000, menurut anggaran RIA Novosti berdasarkan data Eurostat.

Perdagangan dua hala pada April menurun sebanyak enam peratus berbanding bulan sebelumnya kepada US$6.013 bilion berbanding 5.3 bilion euro pada Jan 2000. Nilai perdagangan tertinggi yang direkodkan antara Rusia dan EU adalah 29.5 bilion euro pada Okt 2012.

Eksport Rusia ke EU merosot sebanyak 17 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 2.7 bilion euro, nilai terendah sejak Jun 1999, lapor Sputnik.

Gas merupakan komoditi eksport utama Rusia, dengan eksport gas menurun sebanyak lima peratus pada April kepada 1.15 bilion euro.

Eksport produk besi dan petroleum juga masing-masing menurun kepada 288.5 juta euro dan 248 juta euro.

Jualan barangan Eropah ke Rusia meningkat sebanyak enam peratus bulan ke bulan pada April kepada 2.9 bilion euro. Eksport farmaseutikal meningkat sebanyak 16 peratus kepada 760 juta euro, eksport peralatan mencapai 303 juta euro manakala eksport alat optik bernilai 186.5 juta euro. -BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini