comscore
Tumpuan :
Dunia

Presiden Turkiye hadiahkan Togg kepada Putera Mahkota Arab Saudi 

Foto : Reuters

JEDDAH : Presiden Recep Tayyip Erdogan menghadiahkan sebuah kereta elektrik buatan Turkiye, Togg, kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sempena lawatan beliau ke Istana Al-Salam di Jeddah

Erdogan dan Mohammed mengadakan perbincangan bersemuka selain mengadakan mesyuarat antara delegasi, lapor Agensi Anadolu.

Beliau kemudian menyerahkan kereta itu kepada Putera Mahkota.

Selepas lawatan berakhir, Putera Mahkota memandu sendiri kereta berkenaan dan menghantar Erdogan pulang ke hotel penginapannya.  — BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini