comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan kereta kebal Israel masuk selatan Gaza

Lelaki membawa remaja yang cedera dekat Khan Yunis. – FOTO: Reuters

SEMENANJUNG GAZA: Puluhan kereta kebal tentera  pengganas Israel dilihat memasuki Semenanjung Gaza berhampiran Khan Yunis hari ini dan perkembangan itu membayangkan serangan darat secara meluas di kawasan itu tidak lama lagi.

Pengangkut kakitangan berperisai dan jentolak turut dilihat ketika Israel meluaskan operasinya terhadap Hamas.

Itu sebagai tindak balas terhadap serangan berdarah dilancarkan kumpulan pejuang itu pada 7 Oktober lalu di selatan Israel.

Menurut saksi, Amin Abu Hawli, 59,  kenderaan Israel itu berada kira-kira dua kilometer di dalam wilayah Palestin di perkampungan Al-Qarara, berhampiran Khan Yunis.

FOTO: Reuters

Moaz Mohammed, 34, pula menceritakan,  kereta kebal Israel berada di bahagian selatan jalan Salah al-Din yang bergerak dari utara ke selatan Semanjung Gaza.

“Mereka menyekat jalan Salah al-Din di kedua-dua arah dan kini memotongnya antara Deir al-Balah (di tengah Gaza) dan Khan Yunis, melepaskan peluru dan peluru kereta kebal ke arah kereta dan orang ramai yang cuba bergerak melalui kawasan itu,” katanya.

Sejak gencatan senjata tamat pada Jumaat, pertempuran kembali berlaku di Gaza, begitu juga dengan pelancaran roket ke arah Israel dan serangan udara Israel ke atas wilayah Palestin.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini