comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel tingkat serangan udara & darat, lumpuh sistem komunikasi Gaza

Foto: Reuters

GAZA: Israel meningkatkan operasi ketenteraan menerusi udara dan darat ke Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera Zionis, Daniel Hagari mendakwa serangan disasarkan ke kawasan terowong dan infrastruktur lain yang kononnya dipercayai lokasi persembunyian Pejuang Hamas.

Operasi darat juga diperluas ke kawasan lain.

Foto: Reuters

Ketika ini, penyedia perkhidmatan internet dan telefon Palestin, Jawwal mengesahkan operasi mereka lumpuh akibat serangan.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan terputus hubungan dengan semua pasukan yang bertugas di lapangan.

Ketika operasi ini dilancarkan, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNGA, menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

 

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini